Pages

Rabu, 18 April 2012

Drama Korea You`re Beautiful


Sebuah drama remaja yang paling diminati dan mendapat rating tertinggi di Korea – You’re Beautiful.

Drama ini mengisahkan tentang tiga orang jejaka yang menyertai sebuah band K-pop yang di panggil A.N.JELL.

Konflik bermula ketika pengurus band tersebut, Ma Hoon-Lee, bertegas untuk mendapatkan ahli baru sejak vokalisnya, Tae-Kyeong sudah tidak boleh menyanyi lagi. Calon yang mereka pilih ialah Mi Nam yang perlu menjalani pembedahan mata di Amerika Syarikat. Kejadian menjadi huru-hara sehinggakan Hoon-Lee terpaksa merayu kepada Ko Mi-Nyeo yang merupakan kembar kepada Mi Nam untuk menggantikan tempat kembarnya sehingga Mi Nam sembuh.





Demi abang kembarnya, Mi-Nyeo dengan berat hati bersetuju untuk menyamar sebagai lelaki kerana tidak mahu merosakkan peluang abangnya untuk menjadi terkenal sekaligus memudahkan mereka untuk mencari ibu kandung mereka. Pasangan kembar Mi-Nyeo dan Mi Nam ini dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak pernah mengetahui siapkah ibu bapa mereka yang sebenar

Keadaan menjadi lebih rumit apabila, Mi-Nyeo seolah-olah tidak dapat menyesuaikan diri setelah dia menjadi terkenal. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Shin-Woo adalah orang yang pertama mengetahui tentang rahsia Mi-Nyeo namun tidak membocorkan rahsia itu kepada sesiapa. Shin-Woo cuba membantu Mi-Nyeo dan tanpa disedari beliau mula menaruh hati kepada Mi-Nyeo. Ketika dia cuba membantu Mi-Nyeo sedari sudah mula jatuh hati kepada Mi-Nyeo.

Tae-Kyeong juga mengetahui mengenai rahsia Mi-Nyeo dan cuba untuk menyingkirkan dia dari kumpulan terbabit. Tetapi selepas dia mendengar rayuannya dan mengetahui bahawa dengan muncul di kaca televisyen adalah peluang untuk Mi-Nyeo mencari ibu kandungnya, dia turut simpati dengan nasib dua beradik itu.






Rahsia Mi-Nyeo itu turut diketahui oleh seorang penyanyi pop Yu Hee-Yi. Ketika media menyiarkan cerita sensasi bahawa Hee-Yi dan Tae-Kyeong sedang berpacaran, Hee-Yi mengugut untuk membocorkan rahsia mereka dan memaksa Tae-Kyeong berpura-pura dan mengaku bahawa mereka berdua berpacaran. Hee-Yi menggunakan helah ini untuk kepentingannya sendiri. Beliau bersetuju untuk mengumumkan perpisahan beliau dengan Tae-Kyeong dalam satu sidang akhbar dan Tae-Kyeong bersetuju dengan rancangan tersebut untuk melindungi Mi-Nyeo.


Di bintangi oleh: Jang Geun Suk, Park Shin Hye, Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa, Ulee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...