Jumaat, 20 April 2012
Heartstrings MV - Because I Miss You
Pertama kali saya buat video klip buat pasangan Heartstrings ni.....Selamat menonton
Khamis, 19 April 2012
Go Mi Nam dan Tae Kyung (You`re Beautiful)
Pasti ramai yg minat sangat dgn lakonan Go Mi Nam (Park Shin Hye) dan Tae Kyung (Jang Keun Suk) di dalam drama Korea You`re Beautiful ini.....hari ni saja2 la search video mereka berdua di ytube.....tiba2 terjumpa la dgn video ni....memang kreatif sekali org yg buat video ni.....Tgk banyak kali pun mesti tak boring....Jadi saya sharekn di sini video yg saya lihat tadi....Selamat menonton.....
You're Beautiful Soundtrack
You`re Beautiful OST Part 1
Tracklist:
01. 여전히 - FT이홍기
02. 하늘에서 내려와 - 미스에스 - Miss $, 오원빈
03. 말도 없이 - 9th Street
04. Lovely Day - 박신혜
05. 약속 - 이홍기
06. 가슴이 욕해 - 김동욱
07. 말도 없이 - 박신혜
08. 여전히 - A.N.JELL
09. 약속 - A.N.JELL
10. 말도 없이 - Ver.Piano
11. 여전히 - Ver.Bossa
You`re Beautiful OST Part 2
Tracklist:
01 바보를 위한 노래 (Song For A Fool) - Park Sang Woo
02 말도없이 (Without Words) - Jang Keun Suk
03 어떡하죠 (What Should I Do) - Park Da Ye
04 Good Bye - Jang Keun Suk
05 Lovely Day (Acoustic Ver.) - Park Shin Hye
06 어떡하죠 (Inst.)
07 Good Bye (Inst.)
08 바보를 위한 노래 (Inst.)
Drama Korea Heartstrings
Sinopsis
Lee Shin merupakan seorang pelajar universiti dalam bidang modern music. Dia juga merupakan vokalis dan guitarist sebuah band "The Stupid". Shin terkenal disebabkan rupanya yang kacak dan sangat berbakat dalam bidang muzik. Namun dia seorang yang dingin dan tidak berminat langsung dalam hal lain selain muzik. Dia juga tidak mempunyai sebarang impian mahupun dalam memikirkan masa depan. Dia meminati Jung Yoon Soo, seorang pensyarah tarian di universitinya. Namun semuanya berubah setelah dia bertemu dengan Lee Kyu Won.
Lee Kyu Won seorang gadis ceria yang berasal dari sebuah keluarga berprestij juga merupakan pelajar di universiti sama dengan Lee Shin namun dia mengambil bidang alat muzik traditional. Datuknya, Lee Dong Gun adalah seorang pemain muzik tradisional yang terkenal suatu ketika dahulu dan dia sangat berharap agar Kyu Won dapat mewarisi bakatnya menjadi seorang pemain muzik tradisional yang hebat. Demi merealisasikan impian datuknya, dia bersungguh-sungguh belajar dalam bidang itu menjadikan dia noob dalam hal lain termasuk dunia luar. Dia mempunyai rakan yang sangat meminati band "The Stupid". Satu hari Kyu Won dipaksa menyertai mereka menonton konsert band itu. Di sana, Kyu Won pertama kali melihat persembahan Lee Shin sehingga membuatnya tertawan.
Rabu, 18 April 2012
Drama Korea You`re Beautiful
Sebuah drama remaja yang paling diminati dan mendapat rating tertinggi di Korea – You’re Beautiful.
Drama ini mengisahkan tentang tiga orang jejaka yang menyertai sebuah band K-pop yang di panggil A.N.JELL.
Konflik bermula ketika pengurus band tersebut, Ma Hoon-Lee, bertegas untuk mendapatkan ahli baru sejak vokalisnya, Tae-Kyeong sudah tidak boleh menyanyi lagi. Calon yang mereka pilih ialah Mi Nam yang perlu menjalani pembedahan mata di Amerika Syarikat. Kejadian menjadi huru-hara sehinggakan Hoon-Lee terpaksa merayu kepada Ko Mi-Nyeo yang merupakan kembar kepada Mi Nam untuk menggantikan tempat kembarnya sehingga Mi Nam sembuh.
Demi abang kembarnya, Mi-Nyeo dengan berat hati bersetuju untuk menyamar sebagai lelaki kerana tidak mahu merosakkan peluang abangnya untuk menjadi terkenal sekaligus memudahkan mereka untuk mencari ibu kandung mereka. Pasangan kembar Mi-Nyeo dan Mi Nam ini dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak pernah mengetahui siapkah ibu bapa mereka yang sebenar
Keadaan menjadi lebih rumit apabila, Mi-Nyeo seolah-olah tidak dapat menyesuaikan diri setelah dia menjadi terkenal. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Shin-Woo adalah orang yang pertama mengetahui tentang rahsia Mi-Nyeo namun tidak membocorkan rahsia itu kepada sesiapa. Shin-Woo cuba membantu Mi-Nyeo dan tanpa disedari beliau mula menaruh hati kepada Mi-Nyeo. Ketika dia cuba membantu Mi-Nyeo sedari sudah mula jatuh hati kepada Mi-Nyeo.
Tae-Kyeong juga mengetahui mengenai rahsia Mi-Nyeo dan cuba untuk menyingkirkan dia dari kumpulan terbabit. Tetapi selepas dia mendengar rayuannya dan mengetahui bahawa dengan muncul di kaca televisyen adalah peluang untuk Mi-Nyeo mencari ibu kandungnya, dia turut simpati dengan nasib dua beradik itu.
Rahsia Mi-Nyeo itu turut diketahui oleh seorang penyanyi pop Yu Hee-Yi. Ketika media menyiarkan cerita sensasi bahawa Hee-Yi dan Tae-Kyeong sedang berpacaran, Hee-Yi mengugut untuk membocorkan rahsia mereka dan memaksa Tae-Kyeong berpura-pura dan mengaku bahawa mereka berdua berpacaran. Hee-Yi menggunakan helah ini untuk kepentingannya sendiri. Beliau bersetuju untuk mengumumkan perpisahan beliau dengan Tae-Kyeong dalam satu sidang akhbar dan Tae-Kyeong bersetuju dengan rancangan tersebut untuk melindungi Mi-Nyeo.
Di bintangi oleh: Jang Geun Suk, Park Shin Hye, Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa, Ulee
Langgan:
Catatan (Atom)






















































