Pages

Khamis, 19 April 2012

Drama Korea Heartstrings

Sinopsis Lee Shin merupakan seorang pelajar universiti dalam bidang modern music. Dia juga merupakan vokalis dan guitarist sebuah band "The Stupid". Shin terkenal disebabkan rupanya yang kacak dan sangat berbakat dalam bidang muzik. Namun dia seorang yang dingin dan tidak berminat langsung dalam hal lain selain muzik. Dia juga tidak mempunyai sebarang impian mahupun dalam memikirkan masa depan. Dia meminati Jung Yoon Soo, seorang pensyarah tarian di universitinya. Namun semuanya berubah setelah dia bertemu dengan Lee Kyu Won.
Lee Kyu Won seorang gadis ceria yang berasal dari sebuah keluarga berprestij juga merupakan pelajar di universiti sama dengan Lee Shin namun dia mengambil bidang alat muzik traditional. Datuknya, Lee Dong Gun adalah seorang pemain muzik tradisional yang terkenal suatu ketika dahulu dan dia sangat berharap agar Kyu Won dapat mewarisi bakatnya menjadi seorang pemain muzik tradisional yang hebat. Demi merealisasikan impian datuknya, dia bersungguh-sungguh belajar dalam bidang itu menjadikan dia noob dalam hal lain termasuk dunia luar. Dia mempunyai rakan yang sangat meminati band "The Stupid". Satu hari Kyu Won dipaksa menyertai mereka menonton konsert band itu. Di sana, Kyu Won pertama kali melihat persembahan Lee Shin sehingga membuatnya tertawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...